Yer saya sudah berkahwin dengan Azliza binti Aris pada 17 July 2010 yang lalu setelah hampir setahun 2 bulan bertunang. Alhamdulillah semua nya telah selesai dan aku bersyukur kehadrat Illahi atas segala kesenangan dan dipermudahkan urusan. Semoga ikatan perkahwinan ini kekal aman, bahagia dan damai selamanya, abang sayang ucuk abang nie.....
So sekarang kiterang stay kat Presint 15, Putrajaya since wife aku nie keje kerajaan, so apply kuarters n dapat aaa dok situ.
At the same time, family aku pun pindah umah gak. Adik aku, Adrul, dah beli umah 2 tingkat kat area yg sama. Terima kasih Adrul sbb awak dah tunai impian abah dan mama nak duduk rumah sendiri, banyak pahala awak. So mmg sibuk lah kiterang dok memindah kan barang2 rumah selama 2 bulan, angkat skit2.
Rasa sayu jer nak tinggal kan umah lama tu selepas hampir 23 tahun dok kat umah tu. Mcm2 kenangan dan peristiwa ada. hampir semua adik beradik aku membesar kat rumah tu. So duduk rumah baru nie mcm satu permulaan baru untuk mama dan abah since adik aku yg bongsu, Din, pun dah abis study, Alhamdulillah. Berkat kesabaran dan kemuafakatan kami sekeluarga, mam dan abah mampu bagi anak2 dier study sampai abis university semua. 3 Jurutera, 1 Doktor, dan seorang Akauntan. Sejuk perut mama dan abah membesarkan kiterang yg macam2 kerenah nie.
So semalam lepas kemas dan angkut barang2 besar dari umah lama, mmg sayu jer rasa hati nie, tgk keadaan rumah yg kiterang tinggal hampir lebih 2 dekad. Sabtu nie last kopek nak bersihkan dan kemas2 apa2 yang patut. Dan aku nak amik gambar rumah tu buat kenang2an. Kena ingatkan bini aku suruh bawak kamera balik rumah sabtu nie.
::aqeeem::
No comments:
Post a Comment